Mahkamah tolak permohonan Rosmah batalkan kes Hibrid Solar

Rosmah Mansor gagal dalam permohonannya untuk membatalkan kes rasuahnya berkaitan projek tenaga hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah kawasan luar bandar di Sarawak.

Keputusan permohonan isteri Najib Razak itu dibuat Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

Sebelum ini mahkamah menetapkan 9 Sept lalu untuk tarikh keputusan permohonan berkenaan namun ditangguhkan ke hari ini.

Asas permohonan Rosmah untuk membatalkan perbicaraan rasuahnya bergantung kepada kesahihan surat pelantikan bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram sebagai pegawai pendakwa.

Sri Ram – kini terbabit sebagai peguam persendirian – adalah pendakwa utama dalam perbicaraan rasuah terhadap Rosmah yang diarah mahkamah tinggi membela diri atas pertuduhan tersebut pada 18 Feb lalu.

Dalam prosiding hari ini hakim Mohamed Zaini Mazlan memutuskan pelantikan Gopal oleh Tommy Thomas – yang menjadi peguam negara sebelum ini – dibuat mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Prosedur Jenayah.

By shahalamku.com

"Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate velit esse cillum dolore eu fugiat nulla pariatur. Excepteur sint occaecat cupidatat non proident, sunt in culpa qui officia deserunt mollit anim id est laborum."

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *