Pemuda ceria terima kunjungan PAS Shah Alam

SHAH ALAM, 8 OKTOBER 2021 – Muhammad Hariz Ishak merupakan ahli Dewan Pemuda PAS Shah Alam. Beliau menderita gastric yang teruk juga telah selamat menjalani pembedahan akibat appendiks pecah. Petang tadi Team PAS Shah Alam diwakili oleh Ustaz Aubidullah Fahim Ibrahim merupakan Setiausaha telah turun menziarahi Muhammad Hariz di kediamannya Seksyen 17, Shah Alam. Muhammad… Continue reading Pemuda ceria terima kunjungan PAS Shah Alam

YDP PAS Shah Alam ziarah waris kehilangan ahli keluarga akibat Covid-19

SHAH ALAM, 29 SEPT 2021 – Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Tidak dapat dibayangkan bagaimana luluh hati waris-waris kehilangan ahli keluarga dalam tempoh akibat Covid-19. Sejak negara dilanda wabak Covid-19, banyak individu yang kehilangan ahli keluarga akibat wabak tersebut. YDP PAS Shah Alam, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani bersama Ustaz Aubidullah Fahim Ibrahim… Continue reading YDP PAS Shah Alam ziarah waris kehilangan ahli keluarga akibat Covid-19

YDP PAS Shah Alam gotong royong cuci rumah mangsa banjir kilat

SHAH ALAM, 27 SEPT 2021 – Tatkala wakil rakyat Shah Alam hilang entah kemana, YDP PAS Shah Alam muncul untuk sama-sama membantu team Amal menjenguk dan mencuci rumah seorang penduduk yang terkesan banjir kilat malam tadi. Dalam tinjauan siang tadi, Ustaz Ahmad Antara sempat meninjau dan bertanya kepada uan rumah akan detik-detik air naik sehingga… Continue reading YDP PAS Shah Alam gotong royong cuci rumah mangsa banjir kilat

Amal Shah Alam hilangkan resah penduduk terkesan banjir kilat

SHAH ALAM, 27 SEPT 2021 – Musibah banjir seperti tidak mengenal musim lagi. Malam tadi, penduduk Shah Alam dibeberapa kawasan diuji dengan banjir kilat akibat hujan lebat yang tidak henti-henti. Oleh kerana dugaan tidak dijangka, kebanyakan penduduk tidak sempat memindahkan perabot dan mengalihkan kenderaan ke tempat yang selamat. Tetapi keresahan terubat berikutan kehadiran pasukan operasi… Continue reading Amal Shah Alam hilangkan resah penduduk terkesan banjir kilat

Jabatan Amal Shah Alam mula operasi bantu penduduk terjejas akibat banjir kilat

SHAH ALAM, 26 SEPT 2021 – Kawasan di sekitar Shah Alam dilanda banjir kilat akibat hujan lebat dari petang tadi. Antara kawasan terjejas ialah sekitar Stadium Shah Alam di Seksyen 13 yang teruk di naiki air dan sekitar Padang Jawa yang makin terjejas. Tinjauan Team Jabtan Amal Shah Alam mendapati kebanyakan rumah di naiki air… Continue reading Jabatan Amal Shah Alam mula operasi bantu penduduk terjejas akibat banjir kilat

“Hujanpun kita redah” YDP PAS Shah Alam turun padang serah pek bantuan

SHAH ALAM, 26 SEPT 2021 – Walaupun Shah Alam dilanda banjir kilat petang tadi, bukan penghalang untuk Ustaz Ahmad Dusuki berserta Ahli Jawatankuasa PAS Shah Alam turun padang untuk menyerahkan pek bantuan asas kepada penduduk sekitar Seksyen 17, Shah Alam. Sebanyak 51 pek barangan asas bakul perihatin diagihkan kepada golongan asnaf dan B40 yang terkesan… Continue reading “Hujanpun kita redah” YDP PAS Shah Alam turun padang serah pek bantuan

Banjir kilat melanda Shah Alam

SHAH ALAM, 26 SEPT 2021 – Seorang pemandu sempat keluar menyelamatkan diri selepas kenderaannya terkandas dalam banjir kilat di Seksyen 13, di sini petang tadi. Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya mendapat maklumat mengenai kejadian banjir itu pada jam 5.09 petang. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor menerima laporan beberapa kawasan sekitar Seksyen 13,… Continue reading Banjir kilat melanda Shah Alam

Gangguan bekalan air di enam kawasan di Shah Alam

SHAH ALAM – Sebanyak enam kawasan di Shah Alam mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula 10 malam ini, susulan kejadian paip pecah di Persiaran Perusahaan di Seksyen 23. Kawasan yang terjejas adalah Seksyen 18, Seksyen 19, Seksyen 20, Seksyen 23, Seksyen 24 dan Seksyen 25 di Shah Alam. Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor… Continue reading Gangguan bekalan air di enam kawasan di Shah Alam

PAS Shah Alam cakna peniaga kecil, ukir senyum mereka yang terkesan

SHAH ALAM, 19 SEPT 2021 – Kegusaran para peniaga kecil di bandar raya di bawah Dun Kota Anggerik Shah Alam ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan sedikit terubat apabila menerima kunjungan Ustaz Aubidullah Fahim Ibrahim, Ketua Pemuda PAS Shah Alam berserta Ahli Jawatankuasa dan Pemuda. Beliau turun padang meluangkan masa bertanya khabar mengenai perniagaan mereka dan… Continue reading PAS Shah Alam cakna peniaga kecil, ukir senyum mereka yang terkesan

Remaja lelaki mati lemas di Tasik Cermin Shah Alam

SHAH ALAM – Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun ditemui lemas di Tasik Cermin, Puncak Perdana di sini pada Khamis. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, laporan berhubung kejadian itu diterima pada jam 4.08 petang dan pasukan bomba dari Balai Kota Anggerik tiba di lokasi 10 minit kemudian. Menurutnya, operasi… Continue reading Remaja lelaki mati lemas di Tasik Cermin Shah Alam

PAS Shah Alam kayuh basikal tua gamatkan Hari Malaysia

SHAH ALAM, 16 SEPT 2021 – Bagi menyemarakkan semangat patriotisme dan memeriahkan sambutan Hari Malaysia 2021, PAS Kawasan Shah Alam diketuai oleh Yang Dipertuanya Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani berserta Dewan Pemuda menyertai Kayuhan Hari Merdeka dan Kempen Kibar Jalur Gemilang, pagi tadi. Program bermula dari Dapur Tokku sehingga ke Eco Ardence disertai seramai 20… Continue reading PAS Shah Alam kayuh basikal tua gamatkan Hari Malaysia

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2021 dari PAS Shah Alam

SELAMAT HARI MALAYSIA 2021 DARI PAS SHAH ALAM Hari Malaysia yang diraikan setiap tahun tanggal 16 September merupakan lambang perpaduan seluruh rakyat Malaysia. Walaupun tahun 2021 kita lalui dengan penuh cabaran, namun dengan semangat perpaduan pelbagai bangsa dan budaya di negara ini pastinya akan kita tempuhi bersama-sama. Tarikh 16 September perlu disemat dalam jiwa rakyat… Continue reading Selamat Menyambut Hari Malaysia 2021 dari PAS Shah Alam

JPJ beri jaminan stok lesen di seluruh negara cukup

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesahkan pembekalan dan pengedaran stok Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) oleh jabatan itu mencukupi hingga 31 Disember tahun ini. JPJ dalam satu kenyataan berkata, baki stok yang dimiliki oleh rakan strategik JPJ juga masih mencukupi. “Stok dokumen terkawal yang dimiliki Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom),… Continue reading JPJ beri jaminan stok lesen di seluruh negara cukup