Banjir kilat melanda Shah Alam

SHAH ALAM, 26 SEPT 2021 – Seorang pemandu sempat keluar menyelamatkan diri selepas kenderaannya terkandas dalam banjir kilat di Seksyen 13, di sini petang tadi.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya mendapat maklumat mengenai kejadian banjir itu pada jam 5.09 petang.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor menerima laporan beberapa kawasan sekitar Seksyen 13, Stadium Shah Alam dinaiki air sehingga ketinggian 1.2 meter.

“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam ke lokasi mendapati terdapat sebuah kenderaan terkandas di dalam banjir di kawasan itu.

“Bagaimanapun, pemandu sudah keluar menyelamatkan diri. Setakat ini tiada mangsa terbabit dilaporkan,” katanya.

Norazam berkata, tinjauan anggotanya di beberapa tempat di Seksyen 13 tadi mendapati air pada paras dada dan pinggang.

“Bagaimanapun, air sudah mulai surut, tetapi kami masih lagi memantau dan mendapatkan maklumat mengenai kejadian ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, penduduk sekitar Shah Alam memuatnaik gambar dan perkembangan di sekitar Shah Alam susulan hujan lebat sejak beberapa jam lalu di Facebook Shah Alam Resident.

Selain Seksyen 13, penduduk sekitar Seksyen 9, Seksyen 10, Seksyen 4, Seksyen 7 turut berkongsi keadaan banjir kilat berhampiran kediaman serta lokasi mereka berada.

“Area (kawasan) Seksyen 9 menghala bulatan kayangan banjir teruk. Elakkan lalu jalan ni..,” demikian status yang dimuatnaik oleh pemilik akaun bernama Nur’Aini Syahrudin.

“Jgn (jangan) lalu seksyen 22 depan kilang gula/exit ebor elite. Air naik tinggi. Jem (sesak) teruk dari flyover federal highway (jejantas Lebuh raya Persekutuan),” kata Mohamad Hishamuddin.

By shahalamku.com

"Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate velit esse cillum dolore eu fugiat nulla pariatur. Excepteur sint occaecat cupidatat non proident, sunt in culpa qui officia deserunt mollit anim id est laborum."

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *