September 25, 2021

Shah Alamku

Berita Semasa, Artikel dan Video Politik Shah Alam

YDP PAS Shah Alam teruskan misi bantu penduduk Shah Alam

SHAH ALAM, 25 JULAI 2021 – Umum telah mengetahui bahawa negara kita kini sedang teruk dibadai dengan wabak pandemik COVID-19.

Disebabkan itu, ramai orang yang kalau dahulunya hidup bersederhana, kini hidup susah tak cukup makan, manakala orang susah pula lagi bertambah susah.

Ekoran daripada itu, dapat dilihat bahawa ramai orang berhati murni kini mula tampil ke hadapan untuk menghulurkan bantuan kepada orang ramai yang terkesan dan memerlukan bantuan.

Oleh yang demikian YDP PAS Kawasan Shah Alam, Ustaz Ahmad Dusuki bersama Ahli Jawatankuasanya serta Jabatan Amal turun menghulurkan bantuan berupa Pek Bantuan Asas dari MATAN Centre kepada mereka yang memerlukan.

Kali ini mereka berada di Seksyen 17 dan Seksyen 20 Shah Alam demi meringankan bebanan penduduk-penduduk terkesan pandemik.

“Kami dari PAS Shah Alam cuba membantu golongan B40 & M40 yang terjejas teruk hingga hilang punca pendapatan.”

“Kecil atau besar bantuan itu bukan ukuran. Namun ia tetap memberi makna tersendiri kepada yang menerimanya,” kata Ustaz Aubidullah Fahim Ibrahim Ketua Pemuda PAS Shah Alam.