Shah Alamku

Berita Semasa, Artikel dan Video Politik Shah Alam

YADIM sambut ulang tahun ke 47

2 DALAM 1.

Ijtimak Online Warga YADIM yang dibawa khas dari Pejabat YADIM Komplek Islam Putrajaya kelmarin, telah mengemukakan beberapa penegasan sebagai tindakan segera YADIM bagi tahun 2021.

Muqaddimah :

Sempena ulangtahun penubuhan YADIM ke 47, warga YADIM diminta menyambung baton perjuangan orang terdahulu dengan mempertingkatkan STAMINA dan SEMANGAT untuk memacu agenda dakwah Islamiyah sekaligus menjadi DUTA PENYAMPAI RISALAH, memimpin dan membimbing ummah guna meraih redha Allah swt.

Bertolak dari VISI YADIM (Peneraju Gerakan Dakwah di Malaysia secara inklusif yang bertaraf antarabangsa) dan

MISI YADIM (menyelaras kegiatan dakwah dan melahirkan daei yang berkualiti bagi menyebarluaskan Islam secara STRATEGIK demi kesejahteraan ummah,

maka kami menegaskan bahawa, mendepani cabaran dan realiti 2021, YADIM dan seluruh warganya hendaklah :

1) MENJADIKAN DAKWAH SEBAGAI PROGRAM NASIONAL

1.1 ~ membina hubungan erat sesama team kerja YADIM, kemudiannya menjalin ikatan mesra dengan semua pihak seperti agensi kerajaan, ngo, pemimpin masyarakat dan individu.

1.2 ~ cetus gelombang Gerakan Dakwah.
Meneruskan momentum BULAN DAKWAH 1.0 yang bertemakan Islam Itu Indah bermula Oktober hingga Disember 2020, kemudiannya Nadwah Islam Kekuatan Ummah (NADIKU 2021) dengan tema “Melestari Gerakan Dakwah” akan digerakkan ke seluruh negara bermula Febuari hinggalah Oktober 2021.

Insyaallah, Oktober 2021 kita akan kembali menggelung gelombang BULAN DAKWAH 2.0 hinggalah Disember 2021 dengan tema dan pendekatan aktiviti yang berbeza dan memenuhi keperluan semasa.

1.3 ~ penyelarasan NGO Islam yang berorientasikan dakwah dan Semarak Dakwah termasuk pengupayaan Skuad Sukarelawan YADIM.

1.4 ~ pengkaderan tenaga dua’t (pendakwah) dan menggerak aktifkan Rakan Siswa YADIM, Rakan Belia YADIM, Rakan Sekolah YADIM, Daei Muda YADIM, Daei Komuniti YADIM.

1.5 ~ penguasaan media baharu dengan gerakan penyebaran risalah di alam siber serta menangkis segala serangan terhadap Islam dan para alim ulamaknya yang ikhlas berjuang untuk agama. YADIM akan menubuh SKUAD DUA’T SIBER.

1.6 ~ mengupaya penghasilan KARYA DAKWAH dan ILMIAH serta penerbitan YADIM dengan sasaran minima 50 hasil karya dakwah dan ilmiah sebelum berakhir 2021. Ianya meliputi kitab terjemahan, tulisan hasil karya cendikiawan tempatan, buletin, majallah, maqaalah, journal dan lainnya.

2) PENGURUSAN YANG CEKAP, PENTADBIRAN YANG TELUS

2.1 ~ tiada tunggakan tugas yang keterlaluan. Mesti pantas menyelesaikan tugas dan itqan dalam mengendalikannya.

2.2 ~ mencapai KPI yang ditetapkan bagi setiap peneraju sektor dan aktiviti yang dijalankan. Dedikasi dan disiplin yang tinggi.

2.3 ~ pegawai dan staff yang mesra. Mudah berbahasa dan senang berkira.

2.4 ~ tiada curi tulang meskipun menghadapi pelaksanaan kerja dari rumah. Bukan rehat di rumah tetapi kerja dari rumah.

3) MENINGKATKAN DANA

3.1 ~ mengemaskini dan mengaktifkan promosi Tabung Infaq YADIM.

3.2 ~ usaha sama dengan Rakan Strategik YADIM dalam pengupayaan dana.

3.3 ~ berdikari dengan segala usaha dan peluang yang ada untuk meningkatkan dana YADIM guna meningkatkan lagi aktiviti dakwah dan kebajikan.

Penutup.

i) YB Menteri dalam ucapan penutupnya meminta supaya YADIM menubuhkan Klinik Dakwah. Insyaallah, ia akan dilaksana dan TOR akan digariskan kemudian.

ii) YB Menteri mendoakan kami warga YADIM dihujung majlis Ijtimak Online Warga YADIM 2021 agar terus thabat dan Istiqamah melaksanakan tugas dakwah. Tabah mendepani cabaran dan senantiasa dipelihara oleh Allah swt.

iii) doa ini mengiringi kami sempena Ulangtahun Penubuhan YADIM ke 47.

iv) pegawai kami belanja setanak pulut kuning sebagai simbolik meraikan ulangtahun penubuhan YADIM ke 47 di hujung majlis Ijtimak Online Warga YADIM sekaligus menjadi juadah makan tengahari oleh sekitar 8 orang pegawai YADIM yang bertugas di pejabat.

v) majlis bermula jam 11.00 pagi dan bersurai jam 12.15 tengahari.

Melestari Gerakan Dakwah.