Shah Alamku

Berita Semasa, Artikel dan Video Politik Shah Alam

Viral video rider FoodPanda dibelasah, mengundang kemarahan netizen

Viral video berlaku di jalan Batu Kawa, Desa Wisa, Kuching Serawak di mana melibatkan rider Foodpanda dan pemandu kereta jenis Proton Saga.

Dalam rakaman yang tular kelihatan pemandu kereta itu menyondol penghantar makanan sebelum keluar membelasah rider itu sehingga menyebabkan kecederaan di bibir dan patah gigi.

Menurut lapuran polis yang dibuat penghantar makanan itu mendakwa pemandu itu tidak berpuas hati apabila penghantar makanan itu terlanggar keretanya.

Telah berlaku pergelutan sehinggakan pemandu kereta itu cuba menyerang penghantar makanan itu dengan cutter namun berjaya dihalang.

Insiden itu telah mengundang kemarahan netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu kereta yang memukul Pemuda yang sedang mencari rezeki.