Shah Alamku

Berita Semasa, Artikel dan Video Politik Shah Alam

[VIDEO] Warga emas maut dirempuh, dihempap kereta terjunam

Georgetown: Wanita warga emas maut akibat dihempap kereta yang terjunam dari ketinggian enam meter selepas merempuh tembok konkrit akibat terbabas di perkarangan Kondominium Green Lane Park, di Jelutong, dekat sini, hari ini.

Mangsa Loe Lye Fun, 71, dari Solok Tembaga, di sini, disahkan maut di tempat kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.54 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak bergegas ke lokasi.

“Terdahulu, sebuah Toyota Vios yang dipandu wanita berusia 49 tahun dipercayai terbabas lalu terjunam dari ketinggian 20 kaki (enam meter) lalu menghempap mangsa yang sedang berjalan di bahagian bawah.

“Pemandu kenderaan terbabit yang tersepit berjaya dikeluarkan lalu dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke hospital bagi tindakan lanjut.

Harian Metro