Shah Alamku

Berita Semasa, Artikel dan Video Politik Shah Alam

[VIDEO] Dituduh sebagai Ustaz ‘Pendusta’ oleh Mujahid Rawa, ini respon padu Ustaz Ahmad Dusuki

SHAH ALAM, 22 Nov 2020 – Gegak gempita di Twitter tuduhan mantan Menteri Agama, Mujahid Rawa mendakwa Ustaz Ahmad Dusuki juga merupakan Yang Dipertua Shah Alam telah menipu dalam mengulas isu Tabung Haji.

Di dalam ciapan Mujahid Rawa di laman Twitternya, beliau menuduh berpuluh ribu telah menjadi mangsa penipuan YDP Shah Alam tersebut.

Wartawan shahalamku telah bergegas menjejaki Ustaz Ahmad Dusuki yang kebetulan sedang mengadakan program sumbangan di seksyen 18 untuk beliau memberikan respon terhadap tuduhan itu.

Akhirnya yang dituduh fitnah terhadap YDP Kawasan Shah Alam kononnya memfitnah isu penjualan aset TH dibawah pemerintahan PH, ketika beliau menjadi menteri menjaga TH ternyata benar.

Sebab itu dilemparkan tuduhan jahat dan jelik, tapi bila dah kantoi ianya suatu tuduhan berasas dan sahih, terus mantan menteri Rahmatan Lil Alamin membisu seribu bahasa.

Kini siapa yang telan api fitnah dalam perut sendiri?

Makin lama kerajaan PN memerintah akan lebih banyak perkara terbongkar. Sebab itu PH berusaha keras untuk kembali berkuasa dengan apa cara sekali pun.