Shah Alamku

Berita Semasa, Artikel dan Video Politik Shah Alam

[VIDEO] Bukan maksud bodohkan diri, tapi jadi lebih tawaduk – UAD

Yang Dipertua PAS kawasan Shah Alam, Ahmad Dusuki Abdul Rani tampil mempertahankan penceramah motivasi, Dr Muhaya Muhamad berhubung kenyataan perempuan perlu jadi “bodoh-bodoh” untuk mendapat jodoh.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga pendakwah itu berkata, beliau telah mendapatkan penjelasan Dr Muhaya yang jelas tidak pernah meminta golongan wanita di negara ini menjadi bodoh.

Sebaliknya, beliau berkata “jadi bodoh-bodoh” yang dimaksudkan penceramah motivasi itu ialah tidak meninggikan diri ataupun berlagak.

“Bila disebut bodoh-bodoh bukan bermaksud membodohkan diri, ini tidak (bodohkan diri). Tetapi maksudnya untuk menundukkan diri kita ataupun menjadikan diri kita tawaduk.

“Bila tawaduk menyebabkan diangkat darjat di sisi Allah SWT yang membuatkan orang perempuan mudah mendapat jodoh.

“Jadi kita tak payahlahh besarkan kalimah yang disebut itu,” katanya dalam satu klip video yang dimuat naik di Facebooknya hari ini.

Terdahulu, Dr Muhaya menerima pelbagai reaksi termasuk negatif selepas berkongsi satu video berjudul ‘Kenapa Wanita Lambat Dapat Jodoh’.

Melalui video berdurasi 56 saat itu, Muhaya berpendapat wanita tidak perlu terlalu berusaha untuk menyaingi lelaki.

Dia sebaliknya berkata, lelaki akan menyukai seseorang wanita jika dia memiliki perwatakan lemah lembut serta bergantung harap pada bantuan pasangannya.

“So orang perempuan, walau macam mana you all, please, mesti kita celebrate apa yang Allah beri tentang kepimpinan lelaki. Imam pun lelaki. Nabi-nabi pun lelaki.

“Jangan sibuk nak liberate nak berdiri sama-sama lelaki, no. Nanti kamu sibuk nak buat apa yang lelaki nak buat testosteron meningkat dan bagi siapa belum kahwin, lambatlah jodoh,” katanya melalui video tersebut.

Sementara itu, Ahmad Dusuki berkata, orang perempuan perlu tawaduk jika tidak mahu lambat jodoh.

“Bila kita ni orang perempuan meninggikan diri ataupun dia berlagak, ia menyebabkan akhirnya ianya terjauh daripada orang yang nak dekat dengannya, itu asalnya,” katanya.