September 25, 2021

Shah Alamku

Berita Semasa, Artikel dan Video Politik Shah Alam

Ustaz Ahmad Dusuki serah sumbangan, selami perasaan masyarakat Shah Alam

SHAH ALAM, 24 JULAI 2021 – Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani tidak melepaskan peluang untuk menyantuni masyarakat di sekitar Shah Alam apabila turun padang menghulurkan Pek Barangan Asas serta mengagihkan daging korban.

Sejumlah 7 lembu dan 31 ekor kambing dikorbankan menerusi Program Ibadah Korban pada hari raya ketiga dibungkus dan diagihkan kepada warga Shah Alam semalam. Selain daging korban, turut diagihkan barangan pek keperluan asas untuk mereka yang terkesan akibat pandemik.

Penerima OKU berkerusi roda di Ken Rimba antara yang mendapat perhatian YDP PAS Kawasan Shah Alam telah menlahirkan perasaan pilu dan bersyukur kerana disantuni oleh YDP PAS Shah Alam juga Pendakwah terkenal tanah air itu

Menurut Ustaz Ahmad Dusuki, ziarah berkenaan juga sebagai tanda prihatinnya selain platform untuk merapatkan silaturahim antara beliau dan masyarakat setempat.

Hadir bersama adalah Ahli Jawatankuasa dan Dewan Pemuda PAS Shah Alam yang telah banyak bertungkus lumus sepanjang PKP1 dan terkini dalam kerja-kerja menghulurkan bantuan kepada mereka yang terkesan.