Shah Alamku

Berita Semasa, Artikel dan Video Politik Shah Alam

Ustaz Ahmad Dusuki dan Pemuda PAS Shah Alam terjah balai, mahkamah

SHAH ALAM, 25 Nov 2020 – Siang tadi telah berlangsungnya program sumbangan daripada Yang Dipertua PAS kawasan Shah Alam, Ustaz Ahmad Dusuki dan barisan Pemuda terjah ke balai polis Seksyen 6 dan mahkamah untuk menyampaikan pek barangan asas kepada pertugas-pertugas di sana.

Seperti biasa, kit barangan asas telah disediakan oleh MATAN Centre hasil daripada derma orang ramai untuk diagih-agihkan kepada mereka yang memerlukan sewaktu PKPB masih dilaksanakan.

Hadir bersama adalah Ustaz Ubaidillah Fahim Ibrahim selaku ketua Pemuda PAS Shah Alam dan beberapa pertugas dari Dewan Pemuda.

Walaupun rombongan hadir tanpa diberitahu terlebih dahulu namun pihak balai polis dan mahkamah telah memberi layanan baik dan mesra.