Shah Alamku

Berita Semasa, Artikel dan Video Politik Shah Alam

UMMAH gerakkan NGO seluruh negara buat laporan polis terhadap Anwar

Gerakan Pembela Ummah akan mengerakkan Ummah negeri diseluruh negara membuat laporan polis kepada Anwar bermula semalam di negeri Perak, hasil cadangan daripada salah seorang panelis Dr Kamarul Yusof di program Webinar Isu Semasa Proklamasi Darurat, Apa Keperluanya ? anjuran UMMAH.

Report polis itu dibuat berdasarkan kepada seruan hasutan Anwar kepada Ahli Parlimen agar membuat surat kepada SPB YDPA bagi membatalkan Darurat.

Hasil seruan itu beliau mendakwa telah mempuyai sokongan sebanyak 114 atau 115 bagi mengadakan sidang Parlimen.

Sebagaimana umum tahu peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 150(8)(a), YDPA mempuyai kuasa penuh memperkenankan darurat setelah baginda berpuashati dan kepuasan hati baginda berkenan membuat keputusan darurat adalah tidak boleh dicabar oleh mana-mana pihak dimana-mana mahkamah didalam negara ini. Keputusan Baginda adalah mutlak dan sah.

Maka perbuatan Anwar dianggap merupakan satu bentuk hasutan dan boleh menimbulkan perasaan gelisah dikalangan rakyat negara ini, juga satu tindakan yang bertentangan dengan undang-undang ordinan darurat yang dikuatkuasakan.

Sehubungan itu, bagi memberhentikan tindakan menghasut ini, UMMAH membuat laporan polis, agar membuat satu siasatan dan tindakan pencegahan wajar dilakukan bagi bagi kestabilan negara.

UMMAH menyeru rakyat Malaysia agar bersama-sama mematuhi keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan bagi membendung wabak covid 19 yang sedang dihadapi oleh negara.

MOHD ZAI MUSTAFA
Pengerusi
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)

25 Januari 2021.