Shah Alamku

Berita Semasa, Artikel dan Video Politik Shah Alam

Tun hasut rakyat benci Agong, UMMAH tampil buat laporan polis

Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) telah membaca dan meneliti beberapa tulisan Tun di Fb beliau dan telah disebarkan melalui media sosial, yang mana beliau telah dan cuba mengambarkan juga memperlihatkan bahawa ada kecenderungan untuk menimbulkan perasaan curiga, menghasut dan cuba mempersoalkan tindakan2 yang YDPA.

Persoalannya, Adakah Tun sedang cuba membuat hasutan kepada rakyat agar membenci dan menolak institusi dan sistem Raja Berpelembagaan di Malaysia ?

Jika benar, ia amat bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara yang jelas melindungi Institusi tersebut sebagai paksi dan pancang utama sistem negara.

Maka, UMMAH akan membuat satu laporan polis, agar satu siasatan dapat dijalankan oleh PDRM bagi melihat apakah tujuan yang dimaksudkan oleh Tun dalam tulisan beliau.

Laporan polis akan dibuat di IPD Dang Wangi jam 1 petang pada 22 April, hari ini.

MOHD ZAI MUSTAFA
Pengerusi
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)

22 April 2021