September 25, 2021

Shah Alamku

Berita Semasa, Artikel dan Video Politik Shah Alam

Tindakan UMNO bukan dibuat untuk rakyat, kata Shafie Apdal

Warisan dah bersuara.

Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal berkata tindakan UMNO menarik sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan dibuat untuk kepentingan rakyat.

Sebaliknya tindakan itu semata-mata untuk membolehkan calon UMNO menduduki jawatan Perdana Menteri, itulah sebabnya mereka bertindak demikian, katanya.

“Apa yang sebenarnya mereka mahukan? Mereka mahu menjadi kerajaan, mereka mahu memimpin.

“Mereka mahu berada dalam pentadbiran, tetapi mereka mahu menjadi Perdana Menteri,” katanya dipetik daripada laporan sebuah portal hari ini ketika mengulas tindakan UMNO yang tidak lagi menyokong kerajaan PN.

Malah Anggota Parlimen Semporna itu juga berkata tindakan UMNO itu bertentangan dengan kehendak rakyat.

“Sekarang kita juga telah mendengar bahawa ada rancangan dalam UMNO, setelah mereka mendapatkan jawatan timbalan perdana menteri, kini mereka mahu jawatan perdana menteri pula,” katanya.

UMNO kini berdepan dengan kemelut dalaman apabila wujud sekurang-kurangnya dua kumpulan besar yang saling bertentangan mengenai sokongan terhadap PN.

Kumpulan diketuai presiden parti Ahmad Zahid Hamidi yang kebanyakannya daripada kluster mahkamah menarik sokongan terhadap PN dan Perdana Menteri, hari ini.

Namun, lebih ramai Ahli Parlimen UMNO enggan menyokong Zahid dan kumpulannyanya, kerana mereka lebih mengutamakan rakyat dalam usaha menangani penularan Covid-19. AD