Shah Alamku

Berita Semasa, Artikel dan Video Politik Shah Alam

TERKINI!! Zahid ganti Jawatan pengerusi UMNO Perlis kepada Azlan Man

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan jawatan pengerusi perhubungan Perlis akan digantikan oleh Menteri Besarnya Azlan Man.

“Adalah dimaklumkan bahawa jawatan pengerusi badan perhubungan negeri Perlis (yang disandang) Shahidan Kassim digantikan kepada Azlan Man yang juga menteri besar Perlis.

“Pertukaran ini berkuatkuasa hari ini.

Dirakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Shahidan Kassim atas khidmat sepanjang tempoh perkhidmatan beliau,” kata Zahid pada satu kenyataan hari ini.

Keputusan Umno menggantikan jawatan pengerusi Umno Perlis dipercayai berpunca daripada kelantangan Shahidan mengkritik kepimpinan parti itu.

Shahidan antara yang lantang menentang keputusan Umno untuk menamatkan kerjasama dengan Bersatu.

Malah, pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 Mac lalu, dia juga “diboo” perwakilan ketika berucap ekoran pendiriannya itu.

Pada 10 April lalu, Shahidan juga dilaporkan mendesak Ahmad Zahid supaya memberi penjelasan berhubung satu rakaman audio yang tular mengaitkannya dengan Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Ini katanya, selepas Anwar seakan-akan mengiyakan klip audio berkenaan apabila ahli parlimen Port Dickson itu mempersoalkan adakah dia melakukan sebarang jenayah sekiranya rakaman itu tulen.

Shahidan berkata, Zahid perlu membuat penjelasan dan sekiranya benar klip audio itu tulen, dia harus berdepan tindakan disiplin daripada Umno.