Shah Alamku

Berita Semasa, Artikel dan Video Politik Shah Alam

Suspek utama pukul bodyguard berpuasa direman 5 hari

Suspek utama yang memukul dan mengugut bunuh dua pengawal peribadi kerana berpuasa dalam kejadian Selasa lalu direman selama lima hari di Mahkamah Klang pagi tadi.

Majistret Nur Atikah Zakaria yang mendengar permohonan pegawai penyiasat Inspektor Ganes membenarkan lelaki itu direman sehingga 22 April ini untuk membantu siasatan polis.

Suspek yang merupakan seorang ahli perniagaan berusia 43 tahun berbaju kemeja biru berkolar dan berseluar putih dibawa dari Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan sekitar 9.50 pagi tadi.

Suspek yang tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika diserbu pemberita ketika dikawal ketat tiga anggota polis ke Mahkamah Majistret Jenayah.