September 25, 2021

Shah Alamku

Berita Semasa, Artikel dan Video Politik Shah Alam

Status terkini kes Covid-19, risiko jangkitan di Parlimen

STATUS TERKINI PENGESANAN KES COVID-19 DAN RISIKO PENULARAN JANGKITAN DI PARLIMEN

KKM ingin memaklumkan bahawa Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah menerima 4 sampel RT PCR kes positif COVID-19 hasil daripada saringan yang dijalankan di Parlimen untuk analisis jujukan genom penuh (whole genomic sequencing). Sampel-sampel ini telah diterima daripada Makmal Kesihatan Awam Sungai Buloh.

KEPUTUSAN AWAL:
Hasil daripada PCR Genotyping Assay, kesemua 4 sampel menunjukkan mutasi pada spike protein yang dikenalpasti wujud pada varian Delta atau varian Kappa.
Namun berdasarkan variant of concern (VOC) yang sedang menular di dalam komuniti, ianya berkemungkinan besar adalah varian Delta.

Untuk makluman, kajian klinikal di luar negara dan WHO telah melaporkan bahawa kes yang dijangkiti varian Delta mempunyai kandungan virus 1200 kali lebih tinggi berbanding kes yang dijangkiti dengan varian biasa (non-VOC).
Penjujukan genom penuh (whole genomic sequencing) akan dijalankan bagi pengesahan selanjutnya.

https://www.facebook.com/578835322140360/posts/4597463576944161/