Shah Alamku

Berita Semasa, Artikel dan Video Politik Shah Alam

Selangor catat angka tertinggi, 1,510 kes baru Covid-19

Malaysia mencatatkan 1,510 kes baru Covid-19 hari ini menjadikan kes keseluruhan jangkitan Covid-19 dalam negara sebanyak 359,117.

Selangor mencatat kes harian tertinggi sebanyak 415 kes hari ini.Angka itu disusuli Sarawak (296), Sabah (131), dan Kuala Lumpur (106).

Sementara itu, hanya Wilayah Persekutuan Labuan (2) dan Perlis (2) dan Melaka (6) mencatatkan kes satu digit.