Shah Alamku

Berita Semasa, Artikel dan Video Politik Shah Alam

Selamat Hari Ibu daripada PAS Shah Alam

Ibu adalah segalanya. Dialah sang penghibur dalam kesedihan, pemberi harapan dalam penderitaan dan kekuatan di saat lemah. Ibu jugalah sumber cinta, kasih sayang, dan simpati, tidak pernah lelah menjaga dan mendoakan yang terbaik untuk anak-anaknya.

“Sebagaimana disebutkan dari Abu Hurairah. Dia berkata, “Seorang lelaki datang kepada Rasulullah S.A.W dan bertanya, “Ya Rasulullah S.A.W, siapakah orang yang saya lebih berhak menghormati? Rasulullah menjawab, “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi, “Lalu siapa?” Rasulullah menjawab, “Ibumu” orang itu bertanya lagi, “Setelah itu siapa?” Rasulullah menjawab, “Ibumu” orang itu bertanya lagi, “Kemudian siapa?” Akhirnya Rasulullah pun menjawab, “Kemudian ayahmu.””
(Hadis Riwayat Muslim)

Marilah kita sentiasa memperbanyakkan bacaan doa:

‎رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا
Maksudnya: Wahai Tuhan, kasihilah keduanya (ibubapa ku) sebagaimana mereka mendidik aku semasa aku kecil. Surah Al-Isra’ (24)

“Selamat Hari Ibu” kepada seluruh masyarakat bergelar IBU khususnya warga Shah Alam.

“Ibu Pelindung, Ibu Dilindungi”

Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
Yang Dipertua PAS
Kawasan Shah Alam