Shah Alamku

Berita Semasa, Artikel dan Video Politik Shah Alam

Salam Ramadhan daripada PAS Shah Alam

Sejak lebih setahun yang lalu, kita berjihad melawan COVID 19. Sepertimana ibadat puasa, kita dikehendaki berjihad melawan hawa nafsu. Kita lalui satu tempoh yang banyak menguji kesabaran dan daya ketahanan kita.

Ibadah puasa adalah satu ibadah yang istimewa. Ia satu ibadat yang kita lakukan tanpa sesiapapun mengetahui kita sebenarnya sedang beribadat kepada Allah.

Tidak seperti ibadat lain yang boleh dilihat dengan nyata dari segi perbuatan, ibadat puasa tidak boleh dilihat. Kita sekadar menahan diri daripada lapar dan dahaga serta tidak melakukan perkara- perkara yang boleh membatalkan puasa kita.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.
Ertinya, orang yang bepuasa adalah orang yang ikhlas beribadat hanya kerana Allah, dan mereka itulah orang yang sebenar-benarnya beriman dan bertakwa kepada-Nya.

Mudah-mudahan bulan Ramadan yang mulia ini akan membawa rahmat kepada kita semua. Banyakkan berdoa kepada Allah, mohon pertolongan daripada-Nya, insyaAllah kita semua akan dilindungi daripada sebarang musibah, amin ya rabbal alamin.

Salam Ramadan 1442H

Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
Yang Dipertua PAS
Kawasan Shah Alam