Shah Alamku

Berita Semasa, Artikel dan Video Politik Shah Alam

Restoran, kedai makan dibenarkan beroperasi sehingga jam 10 malam

Nampaknya ini berita baik buat rakyat Malaysia dimana kerajaan membenarkan operasi restoran, kedai makan dilanjutkan sehingga jam 10 malam mulai esok, 22 Januari 2021.

Perkara itu diummumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media harian sebentar tadi.

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata kerajaan masih kekal dengan keputusan pelanggan tidak dibenarkan makan dalam premis, sebaliknya hanya boleh membungkus makanan.

Menurutnya lagi, perkhidmatan penghantar makanan juga boleh terus beroperasi hingga 10 malam.