Shah Alamku

Berita Semasa, Artikel dan Video Politik Shah Alam

Rakaman penunggang motor langgar lubang, sampai bila rakyat Selangor mahu bersabar?

SHAH ALAM, 12 Disember 2020 – Rakaman dashcam kes kemalangan penunggang motosikal terlanggar lubang di Jalan Perindustrian Kapar – Meru, Selangor.

Bukan sekali kejadian seumpama ini terjadi. Apa sudah jadi dengan kualiti jalan di sekitar Selangor? Negeri yang paling maju di Malaysia?

Isu jalan rosak, berlubang, tidak rata dan pelbagai masalah yang berkaitan menimbulkan bermacam kesulitan malah menjadi igauan ngeri terutamanya kepada penduduk dan pengguna jalan raya sekitar Selangor khasnya.

Sebut saja mengenai jalan berlubang pasti ramai sakit hati bukan? Selain memberi kesan terhadap tayar dan rim jadi bengkok, ia juga sangat berbahaya kepada nyawa kita teruamanya penunggang motosikal.

Kegagalan pihak berkuasa menangani masalah jalan rosak dan berlubang sejak sekian lama bukan masalah terpencil penduduk sebaliknya menjadi rungutan tidak berkesudahan pengguna jalan raya.

Umpama jalan maut, ia bukan sahaja mengakibatkan banyak peralatan sokongan kenderaan seperti penyerap hentak dan tayar mudah rosak dan bocor, malah mengundang kecederaan dan kehilangan nyawa.

SAMPAI BILA MAHU SELESAI???