Shah Alamku

Berita Semasa, Artikel dan Video Politik Shah Alam

Presiden PAS seru rakyat mendaftar untuk ambil vaksin

Pada 14 Mac yang lalu, saya menerima suntikan vaksin buat kali yang pertama.

Hari ini saya kembali ke Klinik Kesihatan Chendering bagi mendapatkan suntikan kedua vaksin COVID-19.

Vaksin merupakan ikhtiar terbaik yang kita miliki dalam usaha kita bagi melindungi semua rakyat Malaysia daripada wabak COVID-19 yang sudah lebih setahun menjadi igauan di seluruh dunia.

Kerajaan sudah melakukan yang terbaik bagi mendapat bekalan vaksin yang mencukupi bagi semua yang berada di bumi Malaysia ini.

Adalah malang sekiranya kita tidak mengambil kesempatan ini untuk mendaftar diri serta keluarga terdekat untuk mendapatkan vaksin ini.

Statistik pendaftaran vaksinasi menunjukkan bahawa rakyat Malaysia masih rendah kadar pendaftaran vaksin dengan hanya 33.60% jumlah pendaftaran pada 6 April 2021.

Saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk mendaftar giliran untuk mendapatkan vaksin dengan segera.

Sasaran kita adalah untuk membendung wabak COVID-19 ini sehingga ianya tidak lagi merebak kepada mana-mana rakyat Malaysia.

Daftar vaksinasi, bendung wabak COVID-19.