Shah Alamku

Berita Semasa, Artikel dan Video Politik Shah Alam

Pesanan UAD khas untuk ‘Sugar Baby’ yang masih terjebak

SHAH ALAM, 15 FEB 2020 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah menyekat laman sesawang Sugarbook.

Walaupun demikian masih ramai lagi masih terjebak dalam aktiviti keji sedemikian.

Semua pihak perlu selaraskan kewajipan kita semua untuk mencegah kemungkaran sebagaimana yang dianjurkan dalam sebuah hadith yang berbunyi:

«مَن رَأى مِنكُم مُنكَرَاً فَليُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَستَطعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَستَطعْ فَبِقَلبِه وَذَلِكَ أَضْعَفُ الإيمَانِ»Maksudnya:

“Sesiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya (kuasanya), jika dia tidak berkemampuan maka hendaklah dia mencegah dengan lisannya, jika dia tidak juga berkemampuan maka hendaklah dia mencegah dengan hatinya, dan demikian itu adalah selemah-lemah iman.” [Riwayat Muslim]