Shah Alamku

Berita Semasa, Artikel dan Video Politik Shah Alam

Pemuda PAS rayu diskaun 20% tarif elektrik

  1. Ketika wabak Covid-19 melanda negara pada 2020, kerajaan telah melaksanakan PKP bagi mengawal penularan tahun wabak. Sebagaimana maklum, PKP bererti rakyat akan lebih banyak meluangkan masa di kediaman untuk menjalankan aktiviti pekerjaan, pendidikan dan perniagaan kecil.
  2. Dengan itu, penggunaan elektrik bagi rakyat sudah pasti akan meningkat.
  3. Bagi meringankan beban yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19, Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 telah diumumkan. Selain itu, Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) yang merupakan pakej bantuan tambahan kepada semua pelanggan kediaman diberikan antara April 2020 – September 2020.
  4. Belum reda dengan kesan wabak pada 2020, negara dilanda semula dengan gelombang yang lebih dahsyat dan PKP dilaksanakan sekali lagi. Walaupun situasinya nampak serupa, berdasarkan maklumbalas yang kami terima, situasi rakyat sekarang lebih sukar daripada tahun sebelumnya.
  5. Oleh itu, Pemuda PAS mengesyorkan agar manfaat yang dilaksanakan pada PKP 2020 ditingkatkan pada PKP 3.0 tahun ini.

Saranan kami:

i. Penggunaan elektrik PERCUMA sehingga RM77 sebulan, bersamaan penggunaan elektrik sehingga 300kWj pertama untuk tempoh 3 bulan pelaksanaan PKP 3.0

ii. Penggunaan eletrik di kediaman antara 301 – 600 kWj sebulan akan menikmati diskaun tambahan sebanyak 20%

iii. Pembayaran ansuran bil eletrik dengan tempoh pembayaran bil eletrik yang lebih panjang, tanpa penalti/ surcaj lewat bayar untuk tempoh yang munasabah bagi TNB dan pengguna.

  1. Kami sentiasa menyokong TNB yang memainkan peranan sebagai penggerak sosioekonomi dan kemajuan negara.

Dewan Pemuda PAS yakin diskaun ini akan meringankan beban yang dihadapi rakyat sekarang dan mengukuhkan lagi kedudukan TNB di hati pelanggan dan dalam industri perbekalan eletrik negara.

Kami juga pada masa yang sama akan berusaha merayu perkara seperti di atas kepada pihak TNB untuk dipertimbangkan.

Kami yakin, pihak TNB sangat memahami keresahan yang sedang dihadapi oleh rakyat ketika ini dan bersedia untuk bersama-sama rakyat menghadapi saat yang sujar ini.

Sekian

YB SENATOR IR TS HJ KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Pemuda PAS Malaysia
Ketua Pemuda Perikatan Nasional