Shah Alamku

Berita Semasa, Artikel dan Video Politik Shah Alam

Pawagam dibenarkan beroperasi di semua negeri PKPB dan PKPP

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengumumkan bahawa operasi pawagam di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dibenarkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak FINAS Malaysia, keputusan tersebut dibuat merujuk kepada pengumuman Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri menerusi sidang media pada petang tadi.

”Sehubungan itu, aktiviti penggambaran dan operasi pawagam di kawasan yang dikuatkuasakan PKPB dan PKPP adalah dibenarkan tertakuk kepada pematuhan semua garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan oleh pihak Majlius keselamatan Negara (MKN) meliputi protokol pencegahan penyakit dan sekatan, saringan kesihatan, pembersihan dan nyah kuman premis, penjarakan fizikal dan tatacara keselamatan pekerja serta tindak balas kecemasan,” kata kenyataan.