Shah Alamku

Berita Semasa, Artikel dan Video Politik Shah Alam

PAS Shah Alam, MATAN CENTRE hantar pek makanan untuk frontliners HSB

SHAH ALAM, 21 JANUARI 2021 – “Kita bersyukur masih berpeluang meneruskan aktiviti harian dengan selesa di rumah bersama keluarga, sementara para petugas barisan hadapan berusaha keras serta mengorbankan keselamatan dan masa mereka demi mengekang penularan kes Covid-19,” kata Ustaz Ubaidillah Fahim Ibrahim kepada wartawan Shahalamku.com.

Petang tadi beliau mewakili Ustad Ahmad Dusuki menghantar 100 pek makanan kepada fronliners di Hospital Sg Buloh yang bertugas syif malam sumbangan dari MATAN CENTRE.

Pek makanan ini terdiri daripada juadah kegemaran rakyat Malaysia ini untuk meraikan petugas barisan hadapan yang bekerja keras dalam memerangi wabak ini.

“Sumbangan tuan-tuan ke MATAN CENTRE dialu-alukan agar dapat kami meneruskan usaha sebegini kerana sumbangan kecil ini memberi makna yang besar kepada mereka,” katanya.