September 25, 2021

Shah Alamku

Berita Semasa, Artikel dan Video Politik Shah Alam

PANAS!! Anwar tuduh kes Covid-19 meningkat di Selangor berpunca dari MB lama

Anwar Ibrahim koyak bila disebut mengenai kes Selangor meningkat terus tiba-tiba Ketua Pembangkang tuduh masalah COVID-19 di Selangor hari ini berpunca daripada prestasi Dato’ Menteri Besar Selangor sebelum ini, bukan Menteri Besar hari ini. Apa punya auta !

Jika Ketua Pembangkang pun mentalitinya terus menerus menyalahkan orang lain demi kepentingan politik, tak hairan lah kes di Selangor tak dapat di atasi dengan baik.

Cadangan kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk selesai masalah COVID-19 di Selangor :

  1. Bubar Task Force COVID-19 Selangor. Jalinkan kerjasama konstruktif dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) & Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk banteras COVID-19.
  2. Batalkan saja SELANGKAH & gunakan MySejahtera untuk contact tracing yang lebih efektif dan pantas. Buat apa nak pening-pening ada banyak QR code. 1 dah cukup dan efisyen.
  3. Batalkan Program Selvax. Tak perlu jual vaksin & fokus kepada keuntungan. Fokus kepada usaha meningkatkan kapasiti pemberian vaksin kepada rakyat, itu lebih utama.
  4. Jika kerjasama erat antara Persekutuan & Negeri dapat dilaksanakan, program saringan percuma dengan belanja lebih RM 10 juta & program jual vaksin demi keuntungan tak perlu dijadikan keutamaan. Maka, lebih banyak program untuk bela & santuni kebajikan rakyat Selangor dapat kita laksanakan.

Apa kata rakyat Selangor ?

Jemput klik

https://www.facebook.com/330750857632133/posts/803246140382600/ PDRM dedah sendikit jual vaksin kepada warga asing terkait Selangkah (program kerajaan Selangor)