Shah Alamku

Berita Semasa, Artikel dan Video Politik Shah Alam

Padah hina Permaisuri Agong, Fahmi Reza ditahan polis

Aktivis dan pereka bentuk bebas Fahmi Reza ditahan polis di rumahnya petang tadi.

Peguam Fahmi, Yohendra Nadarajan, memberitahu Malaysiakini tangkapan dibuat kira-kira jam 7 petang dan dia kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wang.

Katanya dia dimaklumkan tangkapan ke atas Fahmi dibuat ada kaitan dengan hantaran dibuat aktivis terbabit mengenai Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Difahamkan Fahmi juga disiasat mengkut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.