September 25, 2021

Shah Alamku

Berita Semasa, Artikel dan Video Politik Shah Alam

MP Pembangkang terang-terang langgar SOP berhimpun di Dataran Merdeka

Kalau SOP pun secara berjemaah langgar semacam, lagi nak berangan memerintah negara?

Ahli politik perlu menyedari tanggungjawab mereka terhadap kebajikan rakyat. Kes dan angka kematian disebabkan COVID-19 terus meningkat, rakyat hidup terhimpit akibat hilang pekerjaan dan mata pencarian.

Akui politik penting tetapi lakukannya pada waktu sesuai iaitu apabila pandemik sudah diatasi dan dalam medan pilihan raya apabila tiba masanya.

Buat masa sekarang, fikirkan kebajikan rakyat dan negara.

Berhentilah bermain politik dan tumpukan perhatian kepada usaha mengatasi peningkatan kes COVID-19 serta mengukuhkan ekonomi negara yang terkesan teruk.

Keadaan bagaikan tidak menentu, malah rakyat mulai muak, mual dan meluat dengan pelbagai isu politik yang timbul.

Ini masa untuk ahli politik bersatu dan berdamai memikirkan jalan penyelesaian terbaik bagi mengelak suasana menjadi lebih teruk akibat COVID-19.

Kita berada dalam situasi meruncing dan masa yang ada perlu digunakan sebaiknya bagi mencari penyelesaian, bukannya menimbulkan suasana politik yang mengelirukan dan membimbangkan.

Rakyat sedang menderita kerana kesan COVID-19 dan gencatan politik adalah langkah terbaik dalam memastikan semua pihak benar-benar peduli dengan apa yang berlaku.

Kes kematian meningkat, jumlah yang sakit semakin ramai dan kehadiran varian berbahaya seperti Delta terus meresahkan rakyat.

Tiba masanya untuk pemimpin mendahulukan rakyat dan meneruskan usaha meredakan kesempitan hidup mereka.

RAKYAT DIDAHULUKAN KESELAMATAN NEGARA DIUTAMAKAN.

Hanisya@OmakKau

Penulis Bebas/Blogger