September 25, 2021

Shah Alamku

Berita Semasa, Artikel dan Video Politik Shah Alam

MN Selangor kekal pertahan ‘Keluarga Malaysia’

SHAH ALAM: Jajaran politik perpaduan ummah wajar menjadi agenda utama untuk memastikan Muafakat Nasional (MN) Selangor dapat menawan negeri itu pada  pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Oleh demikian, gagasan ‘Keluarga Malaysia’ yang diasaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob wajar dipertahan supaya MN bersedia untuk mengubah landskap politik negara khususnya di Selangor dengan merampas semula daripada Pakatan Harapan (PH).

Hal itu ditegaskan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi menerusi kenyataan bersama yang mahu memastikan jajaran ‘Keluarga Malaysia’ dipertahankan.

“Hari ini genap ulangtahun kedua penubuhan MN dan pemeteraian piagam antara dua parti politik Melayu Islam terbesar negara iaitu UMNO dan Pas yang banyak mengubah lanskap politik termasuk di Selangor.

“MN Selangor terus memperkasakan agenda penyatuan ummah dan kerjasama politik dengan menggerakkan pelbagai program kemasyarakatan yang mendapat sambutan menggalakkan,” kata kenyataan itu semalam.