Shah Alamku

Berita Semasa, Artikel dan Video Politik Shah Alam

Majikan pukul pekerja berpuasa tiba di Mahkamah

KLANG – Seorang lelaki yang memukul dan mengugut menggunakan pistol terhadap dua pengawal peribadinya tiba di Mahkamah Klang bagi menghadapi empat pertuduhan, pagi ini.

Tertuduh berusia 44 tahun tiba pukul 9 pagi dengan dikawal ketat pegawai dan anggota polis.

Dia akan didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK) mendatangkan kegentaran jenayah dengan cara mengacukan pistol ke arah salah seorang pengawal peribadi.

Selain itu, pendakwaan akan dilakukan mengikut Seksyen 298 KK kerana mengeluarkan perkataan dengan niat untuk menyinggung perasaan agama yang dianuti dua pengawal peribadi.

Dia juga akan menghadapi dua pertuduhan mengikut Seksyen 109/324 KK kerana bersubahat mengarahkan pembantu peribadinya mencederakan dua mangsa dengan menggunakan rotan.

Turut didakwa pagi ini adalah pembantu peribadinya akan dituduh mengikut Seksyen 324 KK kerana mendatangkan cedera dengan menggunakan rotan.

Kesemua prosiding pertuduhan dijadualkan di hadapan Majistret P. Sarulatha. – K! ONLINE