Shah Alamku

Berita Semasa, Artikel dan Video Politik Shah Alam

MAIS tutup operasi secara semuka sehingga 14 Jun ini, sedia khidmat atas talian

MAIS TUTUP OPERASI SEJAJAR PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)
OPERASI ATAS TALIAN WWW.MAIS.GOV.MY DIUTAMAKAN

SHAH ALAM 31 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan menutup operasi bermula esok hingga 14 Jun 2021, kecuali operasi di Baitul Iman, Baitul Ehsan dan Baitul Islah, Bahagian Pemulihan Ar-Riqab selaras Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa esok.

Walaubagaimanapun, orang ramai masih boleh berurusan melalui laman web http://www.mais.gov.my untuk pelbagai perkhidmatan atas talian yang disediakan MAIS.

Perkhidmatan atas talian (online) yang disediakan melalui laman web rasmi MAIS ialah e-aduan, e-Wasiat, e-Faraid, Fidyah, Kifarah, Fi Halal, Katalog Hartanah MAIS, Sumbangan Sedekah, Bayaran Premis/Tanah Baitulmal, Sewa Hartanah MAIS.

Selain itu, perkhidmatan MAIS melalui online yang ditawarkan ialah Bayaran Utiliti Premis MAIS, Pendaftaran Muallaf, Bayaran Tebus Pusaka, Sumbangan Saham Wakaf Selangor, Sumbangan Anak Yatim, Penyerahan Wang Tidak Patuh Syariah dan Penyerahan Wang Orang Berhutang.

Untuk terus berinteraksi, orang ramai amat digalakkan menghubungi nombor talian khidmat pelanggan yang disediakan di samping bersama MAIS di media sosial rasmi MAIS iaitu Facebook Majlis Agama Islam Selangor dan Instagram mais_officialhq.

Memudahkan urusan orang Islam adalah menjadi keutamaan MAIS, oleh itu teruslah berurusan melalui perkhidmatan atas talian di samping mematuhi arahan kerajaan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan ini.