Shah Alamku

Berita Semasa, Artikel dan Video Politik Shah Alam

‘Lockdown’ sekali operasi kilang arak – Roslan SMS

Isu kilang arak beroperasi dalam tempoh PKP “lockdown” ini terus hangat diperkatakan. Tular di media sosial surat pengesahan dari MITI yang membenarkan kilang CARLSBERG beroperasi dari premisnya di Shah Alam.

Untuk makluman dua buah kilang arak yang dilesenkan dalam negara iaitu Carlsberg Brewery Malaysia Berhad dan Heineken Malaysia Berhad terletak di negeri Selangor, satu di Shah Alam dan satu lagi di Petaling Jaya.

Isunya adakah munasabah kilang arak dikategorikan di bawah “eseential services”, perkhidmatan pengeluaran yang perlu sebagaimana pengilangan bahan makanan dan minuman yang lain?

Kita sedang berhadapan dengan ujian besar pandemik Covid 19 yang telah mengorbankan lebih 2,796 nyawa dalam negara. Pasti ujian ini datang dari Allah SWT untuk kita bermuhasabah dan melihat kembali kekurangan dan kealpaan kita yang telah mengundang murka Nyan itu.

Hari ini kerajaan Persekutuan adalah Kerajaan Perikatan Nasional yang didominasi parti-parti Melayu Islam terbesar dalam negara, tidak sebagaimana PH dahulu yang dibayangi DAP. Lalu kita perlu pastikan setiap langkah dan tindakan kita sebagai kerajaan tidak lari atau bertentangan dengan Agama, itu tanggungjawab kita bersama dan itu yang dikehendaki oleh penyokong dan pendukung kita.

Tutuplah dahulu kilang arak ini. Rakyat tidak perlukan arak dalam keadaan darurat dan “lockdown” ini malah mudarat arak berkemampuan merosakkan masyarakat dan meruntuhkan negara.

Untuk suku pertama 2021 (3 bulan pertama tahun ini) ikut rekod Carlsberg mencatatkan keuntungan bersih RM66.46 juta manakala Heineken pula RM73.54 juta! Takkanlah tutup 14 hari boleh menjejaskan pendapatan mereka yang ratusan juta itu untuk setahun.

PM Malaysia bertanggungjawab mengarahkan operasi kilang-kilang arak ini dihentikan. Ini masa kita memohon restu dan pertolongan Allah SWT bukannya memuaskan nafsu pengilang industri maksiat.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1522746141398050&id=100009880363600