September 25, 2021

Shah Alamku

Berita Semasa, Artikel dan Video Politik Shah Alam

Kos mengerjakan umrah cecah RM9,000

Umat Islam di negara ini yang berhajat untuk mengerjakan ibadah umrah di­jangka perlu membayar kos yang lebih tinggi berbanding biasa apabila pintu sempadan di Arab Saudi mula dibuka untuk jemaah antarabangsa pada 10 Ogos ini.

Berdasarkan situasi semasa dan jangkaan wujudnya beberapa caj baharu, seorang jemaah yang ingin ke Tanah Suci pada musim pandemik ini perlu membayar kos sekitar RM9,000.

Bagaimanapun, penetapan harga baharu itu masih belum dimuktamadkan dan hanya diandaikan berdasarkan beberapa caj tambahan yang perlu.