Shah Alamku

Berita Semasa, Artikel dan Video Politik Shah Alam

Kg Kuantan gamit nostalgia UAD, Dato’ Azhari terus perkukuh MN

Tempat jatuh lagi kenang inikan pula tempat detik-detik perkenalan bersama Dato’ Azhari.

Pagi ni sempat bersarapan bersama Dato’ Azhari di Kampung Kuantan. Tempat nostalgia, 13 tahun yang lalu saya berjiran dengan beliau. Tak sangka dengan izin Allah kami dipertemukan semula dalam program santai bersama di Kampung Kuantan bagi sesi turun santai siri ke-6.

Kampung Kuantan inilah tempat detik-detik perkenalan kami. Banyak pengalaman dan kenangan kami bermula disini.

Sambil sarapan sempat kami beramah mesra bersama penduduk kampung bertanya khabar dan bergurau senda.

Walaupun kami berbeza pegangan parti politik akan tetapi kami sentiasa merapatkan ukhwah sebagai seorang sahabat.