Shah Alamku

Berita Semasa, Artikel dan Video Politik Shah Alam

Kes positif Covid-19 di Klang terus meningkat, cecah 528 hari ini

SHAH ALAM, 22 Nov 2020 – Kes positif Covid-19 di Klang terus naik kepada 528 hari ini berbanding 326 semalam, kata Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

Menurutnya, daripada jumlah itu, 506 kes dikesan dari mukim Kapar dengan majoriti kes daripada saringan Kluster Teratai iaitu 480 kes, dan mukim Klang dengan 22 kes.

“Hulu Langat mencatatkan 36 kes, diikuti Gombak (12), Petaling (15), Kuala Langat (6), Sepang (5), Kuala Selangor (1),” kata jabatan itu menerusi Facebook.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Selangor kali kedua berturut-turut menjadi negeri paling tinggi merekodkan kes baharu Covid-19 dengan 603 kes, berbanding 402 semalam.

Jumlah itu hampir sekali ganda daripada kes di Sabah apabila menjadi negeri kedua tertinggi dengan 311 kes dan Perak sebanyak 55 kes.