Shah Alamku

Berita Semasa, Artikel dan Video Politik Shah Alam

KEJAM!! Tak dapat rogol anak, cucu maut dicampak warga Nigeria

Seorang saksi, Idayu Ismail, 24, memberitahu beliau turut membantu menyelamatkan isteri daripada dipukul suspek.

Saya lihat suspek membaling telefon pintar terlebih dahulu sebelum mencampak Adam yang berusia empat tahun dari kediamannya.

Menceritakan kejadian, Idayu berkata, pada 7.40 pagi, dia terdengar bunyi bising dari kediaman di tingkat tiga itu. Namun selepas itu saya melihat jiran saya menarik ibunya dalam keadaan berlumuran darah dan dalam keadaan berbogeI di tangga hadapan rumah saya.

Saya dan keluarga menyelamatkan wanita itu namun tidak lama kemudian saya melihat suspek yang juga dalam keadaan bogeI membaling telefon pintar dari tingkat atas,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini.

Menurutnya, tidak lama kemudian suspek mencampak kanak-kanak lelaki berusia empat tahun.”

Kanak-kanak itu memang kami kenali sebagai Adam. Keadaan panik saya kemudian menghubungi polis. Katanya, sebelum kejadian tidak ada perkara aneh termasuk malam sebelum kejadian.”

Sebelum ini keluarga mereka tidak pernah bergaduh dan selalu turun ke bawah untuk berekreasi,” katanya.

Tular berita seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut akibat dicampak dari tingkat empat sebuah apartment di Danau Kota, Setapak pagi semalam.

Siasatan awal mendapati suspek, warga Nigeria cuba merogol seorang daripada anak tirinya yang sedang tidur di ruang tamu, namun dihalang oleh isteri dan anak-anak yang lain.

Anak tiri mangsa berusia 19 tahun hingga 29 tahun cuba menghalang tindakannya menyebabkan suspek yang mula berang, mengamuk dan memukul serta menghentak kesemua mangsa yang ada dalam rumah berkenaan.

Suspek mula bertindak di luar kawalan selepas melihat anak-anak tirinya menjerit dan meminta tolong orang ramai sebelum mengangkat Muhammad Adam menuju ke tingkap luar bilik utama dan mencampaknya ke bawah.

Mangsa dikenali sebagai Muhammad Adam Sufi Muhd Norkhusairi, dicampak selepas lelaki itu seorang warga Nigeria berusia 42 tahun, cuba merogol anak tirinya yang juga ibu kepada Muhammad Adam, dalam kejadian sekitar 7.40 pagi semalam.