Shah Alamku

Berita Semasa, Artikel dan Video Politik Shah Alam

Kedah terima pelaburan tertinggi di Malaysia

Kedah mencatat rekod tertinggi nilai pelaburan diluluskan berjumlah RM43 bilion bagi suku pertama tahun ini, mengatasi beberapa negeri perindustrian utama Malaysia.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata pencapaian itu dianggap sebagai menakjubkan kerana ia berlaku dalam suasana muram pelbagai sektor di seluruh dunia.

Jelasnya, Kedah terus berjaya meraih keyakinan pelabur hasil kerjasama erat semua pemegang taruh dan kesungguhan pegawai kerajaan di semua peringkat.

“Terima kasih kepada semua pelabur yang menaruh keyakinan tinggi terhadap Kerajaan Negeri, meskipun dalam belenggu pandemik COVID-19 ketika ini.

“Ini juga adalah bukti komitmen dan kesungguhan pegawai kerajaan di semua peringkat yang tidak berbelah bahagi dalam memajukan negeri,” katanya dalam kenyataan.