Shah Alamku

Berita Semasa, Artikel dan Video Politik Shah Alam

Jajaran baru DAP

Politik Malaysia masih bergelora. Belum mampu tenang. Hakikat politik baru terpaksa di terima. BN terpaksa mengakui bahawa mereka tidak mampu berdiri seperti dulu lagi. Sama seperti PH tidak mampu menipu seperti sebelum ini.

PH kini banyak berharap kepada perpecahan pesaing mereka dari PN dan MN. DAP pula sedang mengintai peluang mencari rakan baru setelah rakan lama khasnya PAN dan pejuang ( dulu PBPM) seakan mula hilang dari peta politik rakyat Malaysia.

Pertembungan Bersatu dan UMNO sangat meruncing. Ia seperti tidak dapat di satukan lagi. Apa nasib PAS yang begitu tinggi hasrat menyatukan parti parti melayu itu? Ibarat terperangkap antara dua pilihan sedangkan penyatuan melayu menjadi keutamaan.

Bersatu adalah parti baru. Beranak ketika hampir PRU. Ia punya tokoh yang ada nama besar dari kalangan parti melayu. Nama Tun M dan TS Muhyidin mempunyai sumbangan besar undi melayu kepada PH dalam PRU 14.

Kebencian rakyat kepada BN sampai kemuncaknya setelah parti tua itu dilihat lupa diri. Watak Rosmah yang membayangi PM Najib antara faktor besar individu yang di benci rakyat sama seperti kebencian rakyat kepada Pm Mahathir satu ketika dulu.

Tun M terpaksa melepaskan jawatannya untuk meredakan kemuncak kebencian rakyat kepada umno dan Umno berjaya di selamatkan walaupun hilang banyak kerusi. DS Najib tidak menjejaki mentornya meletak jawatan disaat kemuncak kebencian rakyat kepada watak isterinya Rosmah dan isu 1mdb. Akhirnya umno hilang kerajaan.

Kini UMNO juga dalam dilemma terhadap gelombang kecenderungan dalaman terhadap Bersatu dalam PN. Melilih Bersatu untuk meneruskan gelombang PN atau menjalin hubungan dengan Anuar dan DAP.

Pendedahan surat sokongan Najib dan Zahid kepada Anwar baru baru ini menunjukkan satu kelompok dalaman UMNO sedang bergerak ke arah itu. Satu pihak tetap dalam mood “No DAP no Anwar” yang tercetus dalam gelombang MN. Kelompok memilih bersama Anwar kini dikenali sebagai kluster mahkamah.

Kluster mahkamah ini pemegang dana besar umno bersama siber trooper di bawah DS Najib. Walaupun jawatan presiden di sandang Zahid, namun umum dapat melihat bahawa Najib adalah pencaturnya.

Nampaknya dalam bab ini Najib mencontohi mentornya Tun M untuk comeback sebagai PM untuk kali kedua. Namun pesaingnya tetap sama, DS Anwar Ibrahim. Tun M berjaya menjinakkan DS Anwar untuk dua tahun pertama dan Anwar melopong sekali lagi apabila TM meletak jawatan dan MN menguasai kerajaan.

Mampukah Najib bersaing dengan Anwar untuk jawatan PM ? Anwar tentunya tidak akan mengalah kali ini apatah lagi senioritinya dengan Najib dalam team wawasan dulu. Jika dilihat senario itu, DS Najib terpaksa mengharap DAP untuk berada di kemuncak kedudukan kerusi lamanya.

Jajaran baru adalah istilah melunakkan penyokong umno kepada DAP dan Anwar. DS Najib dilihat masih punyai sokongan agak kuat di media walaupun umum mengetahui Najib menguasai siber trooper Umno. Hakikat akar umbi hanya boleh ditentukan jika ada pemilihan Perhimpunan Agong umno.

Kumpulan Najib yang di label kluster mahkamah oleh pesaingnya ternyata sedang menjaja ” jajaran baru politik” . Percubaan di Perak hampir berjaya apabila MB sekarang di sokong penuh oleh pembangkang khasnya dari DAP. Namun jajaran baru itu dipintas keputusan MT Umno yang mahukan gabungan PAS dan Bersatu kekal di Perak.

Sebagai balasan, lapan tuntutan PH di tunaikan oleh MB Perak. Walaupun berbagai desakan penjelasan dibuat , namun Saarani terus mendiamkan diri . Tiada sebarang ulasan terhadap kenyataan Media DAPH itu. Liputan media juga berlegar di kalangan media Cina. Media arus perdana melayu seakan tidak membuat liputan perkara tersebut sedangkan ia isu besar politik Perak.

Rakyat masih menanti dan memerhati “jajaran baru politik” yang di promosi kluster mahkamah dari umno. Mereka dilihat cenderung menentang penyatuan bersama PN juga dingin bersama MN. Terkini DS Najib sekali lagi melontarkan idea “politik jajaran baru” dalam temubual astro.

Gelora politik ini terus berlaku. PH hanya berharap perpecahan di pihak kerajaan terus berlaku dalam keadaan mereka tiada solusi kerana buntunya masa depan pilitik mereka dan hilangnya kepercayaan rakyat. Dalam politik sekarang, parti mana yang paling boleh bersatu akan menang dalam PRU 15.

FHOAS
230221
Ipoh