Shah Alamku

Berita Semasa, Artikel dan Video Politik Shah Alam

[VIDEO] Gelagat Khalid Samad memalukan warga Shah Alam

SHAH ALAM, 26 Nov 2020 – Melihat akan telatah dan gelagat Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ketika membahas penggulungan Menteri Kewangan Belanjawan 2021, ternyata menunjukkan sikap dan gelagat yang tidak bertamdun dan beradab bersesuaian sebagai seorang yang bergelar Yang Berhormat selama 3 penggal.

Mewakili warga yang berilmu dan berinformasi seperti Shah Alam, telatah dan watak yang dibawa oleh Khalid Samad didalam parlimen cukup-cukup menjengkel dan memalukan sekali.

Ianya bermula apabila Menteri Kewangan memberi laluan kepada Ahli Parlimen Shah Alam untuk mengemukakan soalan pencelahan. Namun kesempatan yang baik itu telah disalah gunakan sebagai medium untuk menyerang secara keterlauan dan keras dengan susunan bahasa yang agak kasar sehingga Speaker Dewan terpaksa menegur dan memberi nasihat, namun tidak diendahkan.

Speaker Dewan sudah tiada pilihan, terpaksa menutup mikrofon, namun Khalid Samad masih kelihatan enggan berhenti dari menjerit malahan terus meninggikan suaranya sehingga diboo kalangan ahli parlimen sebelah kerajaan agar duduk dan berhenti terjerit terlolong macam Tarzan hilang cawat atau seperti dirasuk polong.

Ini bukan kali pertama Khalid Samad berperangai sedemikian malahan sudah acap kali.

Telatah dan gelagat Khalid Samad yang memalukan ini dilihat secara langsung diseluruh negara. Nama baik parlimen sebagai institusi tertinggi dalam membuat dasar dan perundangan negara ini, tercemar dengan telatah dan gelagat yang dipamirkan oleh Khalid Samad.

Wajar amat warga Shah Alam kena tolak secara mentah-mentah dan pukal Khalid Samad sebagai Ahli Parlimen yang mewakili suara mereka.

Rakyat Shah Alam maukan wakil rakyatnya menyampaikan suara mereka secara bertamadun, beradab, sopan dan santun dan bukannya secara terjerit terlolong seperti makhluk yang layak duduk dalam zoo.

Ini kalilah kita ubah wakil rakyat Shah Alam.