Shah Alamku

Berita Semasa, Artikel dan Video Politik Shah Alam

Foodrider terharu disantuni Pemuda PAS Shah Alam

“Banyak ke masuk order bang? Tak banyak bang, mungkin sebab orang kerja kat rumah sekarang”.

Luahan Food Rider dalam tempoh PKP 3.0 ini. Pemuda PAS Shah Alam diwakili Ketua Pemuda turun menyantuni Food Rider sekitar Shah Alam. Berkongsi sedikit rezeki bersama.

Ketika ditemui, Ustaz Ubaidillah Fahim Ibrahim berkata, mereka yang berkhidmat sebagai penghantar makanan ini sangat diperlukan oleh masyarakat lebih-lebih lagi sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau juga mengingatkan kepada semua yang hadir supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standad (SOP) yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar rantaian pandemik COVID-19 dapat diputuskan.