Shah Alamku

Berita Semasa, Artikel dan Video Politik Shah Alam

Fitnah melampau dari Page HarakatDaily, Razman buat laporan polis

Kelihatan Pesuruhjaya Pas Negeri Perak Razman Zakaria yang juga merangkap ADUN Gunung Semanggol memasuki perkarangan IPD Kerian pada jam 8:20 pagi ini untuk membuat satu laporan Polis ke atas pengendali sebuah halaman media sosial.

Halaman media sosial itu membuat posting di twitter dakwaan kononnya ‘ PAS Perak arah ahlinya bermunajat bagi mendoakan agar ADUN Tronoh di bebaskan daripada kes rogol Amah’.

Di samping itu juga,pengendali Media sosial itu juga turut memuat naik foto poster bergambarkan Razman Zakaria dan Paul Yong dengan teks pada poster itu bertulis ” Seruan Untuk Sholat Hajat agar mahkamah menolak fitnah jahat pada 30 mac 2021 ke atas Paul Yong”.

Ikuti laporan sepenuhnya di dada akhbar.