Shah Alamku

Berita Semasa, Artikel dan Video Politik Shah Alam

Exco Perak saran anak muda ceburi usahawan tani

Golongan muda di Perak yang masih mencari pekerjaan disaran memanfaatkan peruntukan berjumlah RM200,000 di bawah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) untuk menceburi bidang usahawan tani.

Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri, Razman Zakaria berkata banyak tanah terbiar di negeri itu seperti di bawah kabel Tenaga Nasional Berhad yang boleh dimajukan dengan tanaman sayur-sayuran berpotensi.

โ€œAgensi kerajaan seperti Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) dan beberapa agensi kerajaan lain boleh membantu usahawan muda memajukan sektor pertanian yang berdaya maju,โ€ katanya kepada pemberita selepas melawat projek pertanian Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Padang Rengas, di sini hari ini.Advertisement

Menurutnya hasil pertanian mempunyai pasaran yang luas selain ada pelbagai agensi termasuk Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) boleh membantu memasarkan hasil.

Ini juga membantu mengurangkan import sayur-sayuran dari negara luar, katanya.

Sementara itu, beliau berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang aduan berhubung manipulasi benih padi sah di negeri berkenaan yang dipantau rapat oleh kerajaan negeri. โ€“ BERNAMA