Shah Alamku

Berita Semasa, Artikel dan Video Politik Shah Alam

DAP gadai maruah, politikkan isu nahas LRT, persoal Tajuddin dipecat

Bagaimana D4P tanpa segan silu dan ada rasa malu mempolitikkan isu perlanggaran tren LRT demi meraih bantuan politik hatta prinsip dan pendirian sanggup digadai dan menjadi mangsa.

Apa bila kisah pertembungan tren LRT di KLCC mula menjadi gempar, apa yang paling awal D4P lakukan ialah desak keras Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd dipertanggungjawabkan sehingga terdengar suara-suara nyaring dan garang maukan Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd yang juga seorang Ahli Parlimen UMNO/BN Pasir salak merangkap Pengarah Pilihanraya UMNO Pusat.

Seolah-olah D4P mau menjadikan tragedi ini sebagai politik hasut dan adu domba dengan harapan Kerajaan PN akan menjadi cacamerba dan huru hara walaupun nyawa manusia menjadi pertaruhan. Bagi D4P kepentingan politik melebihi segala-galanya waima nyawa manusia sekali pun.

Pada malam kejadian Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad langsung tidak kelihatan melainkan Menteri Pengangkutan, CEO Prasarana dan beberapa pegawai tertinggi kementerian pengangkutan dan Prasarana sendiri.

Pada keesokan harinya muncullah Pengerusi Prasarana YB Dato’ Seri Tajuddin Rahman melawat tempat kejadian dan seterusnya mengadakan sidang media.

Cara beliau mengendalikan sidang media tersebut yang dilakukan secara berseloroh dan jenaka bodoh seperti “dua tren bercium” dan sebagainya menerima kritikan keras dari para warganet dan rakyat yang memperlihatkan tiada sifat sensitif dan ehsan kepada para mangsa yang mengalami kecederaan dan trauma. Gagal dalam urus mengendurkan keresahan, kegusaran, kerisauan dan kesedihan mangsa-mangsa yang terlibat termasuk kaum kerabat yang terlibat.

Maka suara desakkan agar Pengerusi Prasarana dipecat dalam kadar segera cukup kuat berkumandang terutamanya kalangan pemimpin D4P sendiri.

Perlu diakui bahawa Pengerusi Prasarana ini sejak dulu lagi keterampilan dan cara berdepan dengan pengamal media cukup lemah dan teruk sekali. Perhubungan awam (public relation) boleh dikatakqn sifar. Suka mencemuh dan memperlekehkan mana-mana wartawan yang mengajukan soalan-soalan panas yang memerangkap dirinya.

Peliknya apabila Menteri Kewangan YB Dato’ Seri Tengku Zafrul Tengku Aziz bertindak bijak dan tepat dengan memecatnya Dato’ Seri Tajuddin Rahman sebagai Pengerusi Prasaran dengan serta merta, secara tiba-tiba ada Ahli Parlimen D4P yang ambil kesempatan untuk membela Tajuddin Rahman dengan berkata dirinya menjadi mangsa kambing hitam pula.

Rakyat waras menjadi keliru. Awal-awal desak keras untuk dipecat. Apabila dipecat lakukan U Turn tunjuk simpati kononnya Tajuddin Rahman dijadikan kambing hitam pula.

Jelas betapa D4P akan sentiasa mempolitikkan apa jua isu dan situasi jika difikirkan mendapat habuan walaupun status ciput. Politik haprak tanpa ada kenal erti haram halal. Segala matlamat menghalalkan cara janji matlamat utama ialah mendapatkan kuasa.

D4P tidak pernah ubah niat dan hasratnya untuk memerintah negara yang diubah ialah cara dan taktik untuk mencapainya. Jangan mudah terkeliru, terpedaya dan percaya.

Jadikan penderitaan dan kesengsaraan 22 bulan D4P/PH memerintah negara sebagai iktibar dan bermuhasabah. Jangan tersalah pilih. Jangan serahkan kuasa kepada pihak yang salah. Cukup cukuplah selama 22 bulan sebagai pengajaran paling pahit dan pedih rakyat lalui. Jangan kerana kesilapan kita maka kubur kita akan dikecing oleh anak cucu cicit kita nanti.

ENOUGH IS ENOUGH … Saya ULANG!!!

TENKIU

Dari Facebook: Omakkau Hanisya