Shah Alamku

Berita Semasa, Artikel dan Video Politik Shah Alam

CABAR DARURAT: GAPENAS buat laporan polis terhadap Anwar Ibrahim

ANWAR GESA MP UTUS WARKAH PADA AGONG BATALKAN DARURAT

Pertubuhan Gerakan Penegak Suara Selangor mewakili kepentingan rakyat Selangor dan dalam perkara ini khususnya bercakap atas kepentingan demi keamanan Negara di bawah teraju Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

Kenyataan yang bertajuk “Anwar gesa MP utus warkah pada Agong batalkan darurat. Kenyataan ini oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR meminta semua anggota Parlimen mengutuskan warkah kepada Yang DiPertuan Agong bagi memohon pengistiharan darurat dibatalkan dan parlimen bersidamg secepat mungkin.

Kenyataan ini disiarkan dalam laman Facebook bernama Anwar Ibrahim dan walaupun ia kini telah dipadamkan dari laman Facebook ini ia telah tersebar secara meluas dalam media sosial dan dilaporkan oleh media- media utama negara.

Perkara 159 (8) (a) Perlembagaan Persekutuan memperuntukan bahawa hal puas hati Yang DiPertuan Agong adalah muktamad dan konklusif dan tidak boleh dicabar atau dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan. Jika Perlembagaan Persekutuan memperuntukan bahawa ia tidak boleh dicabar atau dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan, maka sudah semestinya ia juga tidak boleh dicabar atau dipersoalkan di luar mahkamah.

Pengerusi GAPENAS, Nasiruddin Mohamed berkata, berpandangan bahawa tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim ini adalah satu hasutan kepada pihak-pihak lain supaya mencabar atau mempersoalkan Proklamasi Darurat yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Kesalahan dan keegoan yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ini adalah sangat serius merendahkan moral selaku pemimpin dan kini menyandang beberapa jawatan penting sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen, Pengerusi Pakatan Harapan, Presiden PKR, Ahli Parlimen dan mantan Timbalan Perdana Menteri yang ramai pengikut-pengikutnya yang taksub dan terhasut, malahan ia boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman negara, kata Pengerusi Gapenas.

Tambahan lagi, satu laporan polis telah dibuat oleh GAPENAS dan menyeru supaya pihak yang bertanggungjawab khususnya PDRM membuat siasatan yang terperinci dan mengambil tindakan terhadap mereka-mereka yang dianggap sebagai penghasut untuk diheret ke muka pengadilan.