Shah Alamku

Berita Semasa, Artikel dan Video Politik Shah Alam

BPR fasa kedua dibayar mulai esok sehingga 12 Mei

Fasa kedua Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibayar secara berperingkat-peringkat mulai 7 hingga 12 Mei ini.

Pembayaran ini melibatkan peruntukan sebanyak RM2.75 bilion kepada 3.7 juta isi rumah iaitu 1.0 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.8 juta individu bujang.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, bayaran kali ini meningkat berikutan penambahbaikan kadar bayaran kepada penerima.

”Jika dahulunya penerima dari kategori isi rumah menerima RM300 dan penerima bujang menerima RM150, kini pembayaran kepada penerima adalah di antara RM150 hingga RM600, berdasarkan kelayakan setiap penerima.”Semakan status kelulusan BPR boleh dibuat mulai 7 Mei 2021 melalui pautan

https://bpr.hasil.gov.my

Tambah beliau, mengambil kira pembayaran Fasa 1 dan Fasa 2 BPR, jumlah bantuan kewangan yang telah disalurkan kepada hampir 8.4 juta penerima BPR adalah sebanyak RM4.68 bilion.

Oleh itu, setakat Mei 2021, jumlah keseluruhan bantuan langsung kerajaan (merangkumi BPN2.0 dan BPR Fasa 1 dan 2) yang telah dan akan disalurkan kepada golongan B40 adalah bernilai RM6.59 bilion.

”Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan bantuan yang diperuntukkan sampai kepada mereka yang disasarkan bagi menjamin kesejahteraan rakyat,” ujarnya.