Shah Alamku

Berita Semasa, Artikel dan Video Politik Shah Alam

Bekas Pengerusi LGM bawa projek ke kawasan sendiri tanpa persetujuan Lembaga Pengarah LGM.

BENARKAH DAKWAAN BAHAWA BEKAS PENGERUSI LEMBAGA GETAH (LGM), AHMAD NAZLAN BAWA PROJEK LGM KE KAWASAN SENDIRI?

“Keterburuan Pengerusi LGM mengumumkan projek ini membangkitkan banyak persoalan, kerana sesuatu cadangan dan kajian mestilah dilakukan pada tahap LGM sebelum projek dengan saiz raksaksa ini diluluskan oleh Lembaga.”

Pada 25hb Mei 2020 bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi YB Teresa Kok telah menyelar bekas Pengerusi Lembaga Getah Malaysia YB Nazlan Idris isu membawa projek raksasa bernilai RM100 juta kekawasan parlimennya.

Teresa Kok selar projek RM100 juta Lembaga Getah

SEJARAH kembali berulang apabila Pengerusi Lembaga Getah Malaysia (LGM) Ahmad Nazlan Idris mengumumkan pembinaan projek “gajah putih” di kawasan parlimennya, kata Teresa Kok.

“Bekas pengerusi LGM sebelum ini yang juga Ahli Parlimen Jasin Ahmad Hamzah juga buat perkara sama dengan mengarahkan projek tidak penting bernilai RM44 juta di kawasannya di Jasin pada 2010,” kata bekas menteri industri utama itu dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Kok, projek di Jasin itu yang masih tidak siap itu menyebabkan LGM terpaksa terus mengeluarkan belanja sehingga berjuta ringgit.

“Ada contoh sama projek tidak perlu yang diluluskan lembaga pengarah yang dilantik kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, kononnya di bawah skim pemprosesan seperti Stesen Mini Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIMINIS) di seluruh negara dan Kompleks Integrasi Penyelidikan Getah Mampan (IPC) di Kota Tinggi beberapa tahun lalu, yang menelas kos RM130 juta.

“Sehingga kini, projek-projek ini membazirkan dana awam dan projek gajah putih paling besar, iaitu IPC di Kota Tinggi masih tidak siap.

“Ini adalah jelas projek-projek yang tidak perlu dan membazir. Membazirkan dana awam kerana masih gagal disiapkan, kata ahli Parlimen Seputeh itu.

Laporan Berita Harian pada Sabtu lalu menyebut LGM akan membina sebuah Pusat Teknologi Getah Wilayah Timur yang menelan kos kira kira RM100 juta di daerah Jerantut tahun ini.

Projek diumumkan oleh Nazlan sendiri, yang jug ketua Umno Bahagian Jerantut.

“Nazlan baru dilantik sebagai pengerusi LGM kira-kira sebulan yang lalu tetapi nampaknya begitu cepat dapat kelulusan untuk membelanjakan RM100 juta dana awam untuk projek di kawasan parlimennya,” tambah Kok.

Beliau menyelar pengumuman tersebut ketika ekonomi negara tidak menentu akibat kesan wabak Covid-19. – 25 Mei, 2020.

Pengerusi Lembaga Getah Malaysia (LGM), Datuk Ahmad Nazlan Idris didakwa telah ditamatkan perkhidmatannya berkuatkuasa mulai 14 April lalu.

Nazlan yang merupakan ahli Parlimen Jerantut dari Umno itu telah ditawarkan untuk bertugas di sebuah badan lain di bawah kementerian yang sama namun beliau menolaknya.

Sebelum ini, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mendedahkan beberapa surat rasmi bertarikh 18 Disember, 6 Januari dan 11 Mac yang didakwa berkait dengan tanah dimiliki LGM dan turut membabitkan penglibatan Khairuddin At-Takiri.

Dalam pendedahan itu, Khairuddin At-Takiri didakwa meluluskan pajakan tanah di Lot 20013 Jalan Ampang kepada Al-Noor Foundation dengan harga RM0.70 satu kaki berbanding harga pasaran RM2.50 untuk tempoh 15+10 tahun dengan kenaikan kadar pajakan 10% setiap lima tahun.

Empat hari lepas, pengurusan Lembaga Getah Malaysia (LGM) menafikan dakwaan berlaku penyelewengan dalam urusan jual beli serta urusan pajakan dua lot tanah miliknya di Jalan Ampang, yang diuruskan oleh LGM Properties seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Dalam satu kenyataannya, LGM menegaskan bahawa belum ada sebarang urusan penjualan, pajakan atau urus niaga berkaitan dua lot tanah milik LGM iaitu Lot 20012 dan Lot 20013 (masing-masing nombor lama dikenali sebagai Lot 75 dan Lot 76) di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Dari urutan kisah ini sehingga terbit kisah fitnah berantai, bolehlah menduga dari mana punca dan asalnya serta alasannya. Tidak memerlukan otak seorang saintis roket untuk membuat tekaan dan andaian tepat.