Shah Alamku

Berita Semasa, Artikel dan Video Politik Shah Alam

Beberapa fakta tentang Parti Gerakan selepas PRU-14

  1. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) bertanding sebanyak 11 kerusi Parlimen dan 31 DUN dalam PRU-14 dan tewas kesemua kerusi.
  2. Pada 23 Jun 2018, Gerakan umum keluar dari Barisan Nasional, tidak sampai dua bulan selepas BN tewas dalam PRU-14.
  3. Alasan keluar ialah, mahu menyatukan parti dan ahli.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/gerakan-umum-keluar-barisan-nasional-178690

  1. Pada 13 September 2020, Gerakan menyatakan hasrat hendak menyertai gabungan Parti Perikatan. Turut dinyatakan, Gerakan hanya akan bertanding di kerusi yang dirasakan boleh dimenangi sahaja dalam PRU-15.

“Oleh itu, kami akan buangkan cara-cara yang tradisi, tidak ada lagi kata-kata seperti ‘ini kawasan kita, ini kawasan Gerakan,’ tidak ada lagi, sesiapa mahu bertanding, kena bertanding dan menangkan kawasan itu…”

  1. Pada 28 Ogos 2020, Presiden Gerakan berkata, parti itu berhajat untuk tandingi 25 kerusi kerusi Parlimen dalam PRU-15, dua kali ganda lebih banyak berbanding tradisi mereka sebelum ini.
  1. Untuk rekod, Gerakan mula mengalami kekalahan teruk sejak PRU 2008:
  • PRU 2004: Menang 10 Parlimen (bertanding 12), Menang 30 DUN (bertanding 31).

-PRU 2008: Menang 2 Parlimen (bertanding 11), Menang 18 DUN (bertanding 31).

  • PRU 2013: Menang 1 Parlimen (bertanding 11), Menang 3 DUN (bertanding 31).
  1. Meskipun tewas kesemua kerusi pada PRU 2018, Gerakan mempunyai seorang wakil rakyat di DUN Buntong (Perak) apabila ADUN DAP, A. Sivasubramaniam keluar parti dan menyertai Gerakan pada Jun 2020.
  2. Hari ini, Gerakan sah menyertai gabungan Perikatan Nasional.

Korek-Korek