Shah Alamku

Berita Semasa, Artikel dan Video Politik Shah Alam

Anwar Ibrahim akui tiada isu tukar kerajaan dibangkitkan

Beberapa pemimpin tertinggi parti politik dalam negara dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara hari ini.

Ia dijangka berlanjutan selama beberapa hari.Ia berlaku ketika negara terus berdepan dengan ancaman Covid-19 dan darurat masih berkuat kuasa di sebalik pelbagai desakan agar ia ditamatkan, atau parlimen dibuka untuk bersidang.

Ahli parlimen itu juga sempat berhenti seketika untuk menjawab soalan wartawan yang menunggu di luar pintu Istana Negara.

Ditanya sama ada akan berlaku pembentukan kerajaan baru, Anwar menjawab: “Itu soal yang tidak berbangkit sekarang.

”Menurut kenyataan dikeluarkan melalui media sosial, sesi berkenaan berlangsung selama satu jam mulai 8 pagi.